Zolkples Embong.KUALA LUMPUR: Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong meminta kepada persatuan atau kelab bola sepak negeri agar tidak menggunakan jalan mudah untuk mendapatkan pemain-pemain bola sepak negara.Zolkples yang turut kecewa dengan spekulasi mengenai ada kelab atau persatuan yang sanggup menebus kontrak bagi mendapatkan Wan Zack Haikal dengan kelab Divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu untuk kembali ke Malaysia dan bermain dengan pasukan mereka. "Kenapa ada cubaan pancing Wan Zack? Ia sama kes dengan Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan juga Ahmad Fakri Saarani (kelab Portugal) yang kembali ke Malaysia sebelum kontrak tamat."Ia tidak bagus sama sekali. Dia (Wan Zack) hanya bermain satu perlawanan sahaja. Banyak lagi pendedahan yang perlu dia tempuhi."Kalau ganggu program ini, ia mungkin merugikan semua pihak. Lepas ni jangan fikir lagi... hari tu dah bising perkara seperti ini," jelasnya kepada media selepas melancarkan majlis Pengenalan Cenderamata dan Rakan Penyiar rasmi Sukma 2013, di Bukit Jalil di sini, Jumaat.Zolkples berkata, pihaknya sememangnya menaruh harapan tinggi kepada Wan Zack dan seorang lagi pemain muda Nazirul Naim Che Hashim untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman bersama dengan kelab Jepun tersebut."Ia tak sepatutnya berlaku. Kalau ada cubaan seperti itu, ia perlu dihentikan."Jangan guna jalan pintas atau jalan senang untuk mendapat pemain-pemain seperti ini," tegasnya.Beberapa hari lalu timbul spekulasi mengatakan pemain sayap skuad Harimau Muda A yang dilatih Ong Kim Swee ini mahu kembali ke Malaysia dan dalam masa yang sama ada pasukan yang sanggup menebus kontrak pemain itu dengan kelab Jepun tersebut.Wan Zack, 22, mengikat kontrak selama dua tahun berangkat ke Jepun pada Mac lalu bersama Nazirul Naim bagi beraksi dengan pasukan FC Ryukyu.Sebelum ini, Wan Zack begitu bersemangat selepas terpilih beraksi dengan kelab itu, namun dilaporkan berhasrat untuk kembali selepas mengalami masalah komunikasi dengan pegawai perubatan kelab.