suria

Australia Layak Ke Piala Dunia 2014

Jaringan Kennedy membantu Australia melayakkan diri ke Piala Dunia 2014.
Jaringan Kennedy membantu Australia melayakkan diri ke Piala Dunia 2014.
Jaringan Kennedy membantu Australia melayakkan diri ke Piala Dunia 2014.

SYDNEY: Australia layak ke pusingan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Iraq 1-0 dalam perlawanan di Stadium Olympic di sini pada Selasa.

Gol kemenangan pasukan tuan rumah dijaringkan oleh pemain gantian, Josh Kennedy pada minit ke-83.

Australia muncul pasukan kedua yang mengesahkan kelayakan ke kejohanan di Brazil tahun depan, selepas Jepun.

"Ia adalah kemenangan menakjubkan untuk negara. Australia akan menjejakkan kaki ke Brazil," kata kapten Australia, Lucas Neill.

Dalam perlawanan berasingan, Iran berjaya menundukkan Korea Selatan 1-0 di Ulsan, Korea Selatan dan layak ke kejohanan bola sepak Piala Dunia 2014.

Bagaimanapun, tuan rumah turut mara selepas memiliki kelebihan gol ke atas pencabar terdekat, Uzbekistan.

Uzbekistan menewaskan Qatar 5-1 dalam satu lagi perlawanan di Tashkent.

Pasukan tuan rumah memerlukan kemenangan dengan kelebihan tujuh gol tetapi gagal menyekat kemaraan Korea Selatan yang meraih tempat kedua kelayakan secara automatik dalam Kumpulan A.

Artikel Lain