Lisicki merai kemenangan selepas menewaskan Serena pada aksi keempat Kejohanan Wimbledon, awal pagi Selasa.PEMAIN Jerman, Sabine Lisicki membuat kejutan dengan menewaskan pemain pilihan, Serena Williams pad aksi pusingan keempat dengan keputusan 6-2 1-6 6-4 pada Kejohanan Wimbledon, awal pagi Selasa.Serena yang menggondol trofi Terbuka Perancis baru-baru ini dilihat sukar ditewaskan sejak kejohanan berlangsung yang turut mencatat rekod tanpa kalah dalam 34 perlawanan sebelum aksi ini. Namun pemain muda bersusia 23 tahun itu yang mencatat rekod baik di Wimbledon beberapa tahun ini, tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pemain berpengalaman dari Amerika Syarikat itu dengan 6-2.Tetapi Serena bangkit pada set kedua menewaskan Lisicki dengan 1-6, bagaimanapun gagal pada set ketiga."Saya tidak bermain dengan untuk mengutip mata besar. Aksi saya teragak-agak. Itu yang pasti," jelas Serena kecewa.Tambahnya, selepas tewas pada aksi ini, dia yakin Lisicki yang kini berada di tangga ke-23 dunia mampu membuat kejutan meraih trofi kejohanan."Setiap kali saya masuk ke gelanggang, pastinya saya menjadi pilihan dan saya sudah biasa dengan keadaan."Tetapi ia sesuatu yang tidak mengejutkan. Dia bermain dengan baik di gelanggang rumput."Dia mempunyai pukulan yang sempurna dan saya sedar ia perlawanan tersebut bukan mudah."Sementara itu, Lisicki bakal bertemu dengan Kia Kanepi pada aksi suku akhir selepas pemain Estonia itu menewaskan Laura Robson dari Britain, 7-6(6) 7-5.