suria

Wimbledon: Lisicki Mara Ke Final Bertemu Bartoli

Lisicki teruja mara ke final Wimbledon buat kali pertama.
Lisicki teruja mara ke final Wimbledon buat kali pertama.
Lisicki teruja mara ke final Wimbledon buat kali pertama.

PEMAIN tenis wanita Jerman, Sabine Lisicki membuat kejutan dengan menewaskan pemain pilihan utama, Agnieszka Radwanska pada aksi separuh akhir kejohanan tenis Wimbledon pada awal pagi Jumaat.

Lisicki menjadi tumpuan pada aksi tahun ini selepas mempamerkan aksi mantap dengan menewaskan pemain no.1 dunia, Serena Williams dalam perlawana suku akhir baru-baru ini.

Pemain berusia 23 tahun ini mengetepikan Radwanska dengan 6-4 2-6 9-7.

"Ia sungguh luar biasa dengan beberapa perlawanan sebelum ini sungguh menakjubkan.

"Anieszka bermain sangat baik, ia sangat sengit dan saya gembira kerana menang perlawanan ini.

"Saya sentiasa mengimpikan saat-saat ini semenjak kecil lagi. Sebab itulah saya nyatakan bahawa inilah tempat terbaik untuk bermain dalam final grand slam pertama saya.

"Tidak dapat bayangkan tempat lain yang lebih baik selain daripada ini.

"Dan saya tidak sabar untuk beraksi pada final Sabtu ini," jelasnya.

Lisicki bakal bertemu dengan pemain ranking ke-15 dunia dari Perancis, Marion Bartoli yang turut menewaskan Kirsten Flipkens pada aksi sama.

Bartoli bakal berentap untuk mencatat rekod kedua mara ke final Wimbledon.

Artikel Lain