suria

Al Amin Tetap Tidak Mahu Jawatan No 1 Dalam BAM

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Dr Mohamed Al-Amin Abdul Majid tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding merebut jawatan presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada 27 Julai ini.

Mohamed Al Amin berkata beliau merasakan dirinya hanya layak untuk memegang jawatan kedua tertinggi dalam BAM.

"Saya rasa timbalan presiden adalah jawatan tertinggi yang saya boleh pergi dan saya sudah membuat keputusan tersebut. Saya sudah jelaskan bahawa saya bagus sebagai timbalan presiden sahaja," katanya kepada pemberita pada sidang media Kejohanan Remaja Bawah 19 Asia 100PLUS di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini Jumaat.

Mohamed Al Amin, yang juga merupakan Naib Presiden Konfederasi Badminton Asia (BAC), dianggap sebagai calon paling layak untuk mengisi jawatan itu selepas penyandang Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berhasrat untuk tidak mempertahankan jawatannya itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain