Murray memeluk trofi Wimbledon pertamanya selepas menewaskan Djokovic pada aksi akhir awal pagi Isnin,PEMAIN Britain, Andy Murray menamatkan penantian Britain selama 77 tahun apabila berjaya menjulang trofi kejuaraan pertamanya di Wimbledon, awal pagi Isnin.Murray menewaskan pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic, 6-4, 7-5, 6-4 dalam perlawanan penuh epik. Pemain no.2 dunia kelahiran Scotland itu menamatkan kemaraan juara 2011 bintang dari Serbia itu selepas tewas pada set kedua, dan terus menguasai perlawanan.Murray yang menjuarai Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu mencatat sejarah tersendiri setelah sekian lama menunggu saat untuk memadamkan rekod 77 tahun pemain lelaki British bagi menjuarai juara Gram Slam ini.Dia kini menjadi pemain pertama Britain menjuarai gelaran ini sejak Virginia Wade menggondol trofi ini pada tahun 1977 dan pemain lelaki pertama selepas Fred Perry pada tahun 1936."Ia satu perasaan yang berlainan berbanding tahun lalu. Tidak pasti bagaimana saya melalui permainan ini, dengan tewas tiga mata dan ia sangat luar biasa. Ia sesuatu yang sukar untuk dilihat tetapi saya bayangkan ketika beraksi."Novak bangkit dalam beberapa posisi yang selalu diguna dan dia hampir melakukannya," jelas Murray.Sementara itu Novak mengakui Murray bermain lebih baik."Tahniah untuk Andy yang memang layak untuk menjuarai gelaran ini- kamu bermain dengan keadaan yang sukar dipercayai."Saya tahu ia sangat bermakna kepada semua, kepada negara, tahniah."Saya turut berhati-hati dengan tekanan yang dia lalui, walaupun dalam masa sama saya bayangkan gelaran ini bukan miliknya."Saya turut gembira dan berbangga menjadi sebahagian daripada aksi final ini," jelasnya.