Fabregas (kiri) ketika bersama skuad Wenger sebelum ini.PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger berkata pasukannya ada klausa untuk membeli balik bekas pemainnya, namun Cesc Fabregas mahu berada di Barcelona untuk tempoh setahun lagi.Pemain berusia 26 tahun itu dijual oleh The Gunners kepada Catalan dua tahun lalu. Dalam tempoh sama, kelab Inggeris ini percaya Barca akan memberi keutaamaan kepadanya sekira membuat keputusan untuk melepaskan Fabregas.Khabar angin kini bertiup kencang mengenai pasukan Manchester United berminat untuk mendapatkan pemain tengah itu.Namun Arsenal berada dalam keadaan selamat berdasarkan klausa dan Wenger percaya dengan Fabregas."Kami mempunyai klausa dalam kontrak, jadi kami akan memberi perhatian."Tetapi untuk setakat ini, Fabregas membuat keputusan untuk bersama Barca setahun lagi."Kecuali dia tukar fikirannya, saya tidak pasti tetapi saya sudah jelaskan semuanya," jelas Wenger.