Fabregas antara pemain yang ingin dikekalkan Martino.PENGURUS baharu Barcelona, Gerardo Martino menegaskan beliau akan menolak apa jua bidaan terbaharu dari Manchester United terhadap pemain tengahnya, Cesc Fabregas.United dilaporkan telah menawarkan dua bidaan awal terhadap Fabregas. Bagaimanapun kedua-dua tawaran itu ditolak oleh kelab gergasi Sepanyol itu."Saya jelaskan di sini bahawa saya tidak akan bercakap mengenai kepentingan kewangan kelab ini. Namun sekiranya kelab menolak dua tawaran awal United, pada kali ini saya akan menolak tawaran yang ketiga."Jadi, Fabregas akan kekal bersama kami di sini," katanya.Martino berkata demikian pada majlis memperkenalkan beliau sebagai pengurus baharu Barcelona.Pemain berusia 26 tahun itu kembali ke kelab remajanya pada 2011 selepas lapan tahun bersama kelab Inggeris, Arsenal.Naib Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu berkata;" Apa saja tawaran dari United, tidak kira dalam jumlah besar, kami tidak akan bersetuju. Cesc Fabregas akan kekal sebagai pemain Barcelona."