Mathieu Flamini. Foto AFPBEKAS pemain tengah Arsenal Mathieu Flamini kini dalam rundingan untuk kembali ke kelab lamanya selepas dibebaskan oleh AC Milan.Pemain Perancis berusia 29 tahun itu bermain selama empat tahun bersama Arsenal dari tahun 2004 hingga 2008 sebelum berpindah ke AC Milan. Sebelum itu Flamini bermain untuk juara Perancis, Marseille.Dia telah bermain sebanyak 102 kali untuk Arsenal dan menjaringkan tujuh gol.Flamini juga bermain untuk Arsenal dalam perlawanan akhir Piala Eropah 2006.Sebelum itu iaitu pada tahun 2005, Flamini telah memenangi Piala FA bersama Arsenal.