suria

Terbuka AS: Nadal Menang Mudah, Mara Ke Pusingan Kedua

Rafael Nadal
Rafael Nadal
Rafael Nadal

JAGUH tenis Sepanyol, Rafael Nadal mara ke pusingan kedua selepas mengetepikan pemain tuan rumah, Ryan Harrison 6-4, 6-2, 6-2 pada perlawanan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal pagi Selasa.

Pun begitu, Nadal yang kini berada di ranking kedua dunia mengakui persembahannya itu bukan yang terbaik walaupun bermain di gelanggang 'hardcourt' seperti mana yang dilakukan ketika Sukan Olimpik Beijing 2008 ataupun menjuarai Terbuka AS 2010 ketika melengkapkan gelaran Grand Slam pada masa itu.

"Sukar untuk dinilaikan sekarang. Saya cuba lalui hari demi hari," jelas pakar gelanggang tanah liat ini.

Nadal tidak beraksi pada kejohanan yang sama tahun lalu selepas mengalami kecederaan lutut yang turut menyaksikan dia juga tidak beraksi pada Terbuka Australia Januari lalu.

"Hari ini adalah hari pertama selepas dua tahun tidak beraksi di Arthur Ashe, jadi ia satu perasaan yang menakjubkan," jelas Nadal.

Sementara itu, Harisson,21, yang berada di ranking ke-97 dunia berpuas hati dengan persembahan ketika bermain menentang Nadal.

"Mereka adalah pemain terkenal dan ini satu pengalaman yang berguna kepada saya.

"Mereka tahu bila untuk mempamerkan permainan yang sempurna dan tahu rutin masing-masing.

"Walaupun baharu saha menjuarai Cincinnati dan Kanada, dia tetap memberi fokus di sini dan saya yakin dia adalah salah seorang pemain terbaik," jelas Harrison yang beraksi secara wild card.

Artikel Lain