suria

Kami Beri N.Sembilan Terlalu Banyak Ruang - Hodak

KOTA BAHARU: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata pasukannya kalah kepada N. Sembilan dalam Kumpulan C kejohanan Piala Malaysia malam tadi kerana terlalu banyak memberi ruang kepada lawan membuat percubaan ke arah gol mereka.

Beliau berkata walaupun pasukannya mencipta banyak peluang di hadapan pintu gol lawan, namun gagal memanfaatkan peluang yang ada. Kelantan kalah 2-3 dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu.

"Kelantan membuat 18 percubaan berbanding mereka (Negeri Sembilan) yang hanya mencipta enam percubaan. Namun kami dapat menjaringkan dua gol sementara mereka tiga. "Pertahanan kami memberi mereka terlalu banyak ruang untuk membuat jaringan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Hodak berkata Kelantan perlu menang baki dua perlawanan yang ada menentang Terengganu dan Pahang untuk layak ke suku akhir.

Beliau berkata cuti rehat dua minggu sempena Pesta Bola Merdeka akan digunakan untuk membaiki prestasi anak buahnya. -BERNAMA

Artikel Lain