suria

Positif Bahan Terlarang, Cilic Digantung Sembilan Bulan

Marin Cilic
Marin Cilic
Marin Cilic

PERSEKUTUAN Tenis Antarabangsa (ITF) mengumumkan Marin Cilic digantung sembilan bulan selepas disahkan positif ujian bahan terlarang.

Kenyataan yang dikeluarkan ITF memberitahu Cilic telah termakan nikethamide secara tidak sengaja akibat pengambilan tablet Coramine dan tidak berhasrat untuk meningkatkan prestasinya dengan cara itu.

Penggantungan itu berkuatkuasa sejak 1 Mei lalu sekaligus membenarkan Cilic kembali ke gelanggang pada 31 Januari tahun hadapan.

ITF berkata Cilic didapati positif pada kejohanan Terbuka BMW di Munich tahun ini.

Menurut kenyataan itu, Cilic telah mengambil ubat perangsang itu secara tidak sengaja akibat pengambilan tablet glukosa yang dibeli bagi pihaknya dari sebuah farmasi.

Pemain berusia 24 tahun itu tidak beraksi selepas menarik diri pada pusingan kedua kejohanan Wimbledon pada Jun lalu.

Dia menewaskan pemain No.2 dunia Andy Murray pada pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat pada 2009 dan mara ke separuh akhir Terbuka Australia pada 2010.

ITF, Marin Cilic, Coramine

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain