suria

Bekas Juara Heavyweight Dunia Meninggal Dunia

Norton (kiri) ketiga beraksi menentang Muhammad Ali pada tahun 1973.
Norton (kiri) ketiga beraksi menentang Muhammad Ali pada tahun 1973.
Norton (kiri) ketiga beraksi menentang Muhammad Ali pada tahun 1973.

BEKAS juara tinju heavyweight dunia, Ken Norton meninggal dunia di Hospital Arizona, Khamis.

Norton,70, disahkan meninggal dunia kerana masalah kegagalan jantung.

Menurut pengurus yang juga rakan kepada Norton berkata kepada Reuters:"Beliau telah menjalani rawatan sebelum ini dan lewat petang Rabu, Norton meninggal dunia.

"Beliau bukan sahaja peninju yang mengkagumkan, malah seorang yang merendah diri dan baik".

Norton yang juga dikenali dengan gelaran 'The Black Hercules','The Jaw Breaker' atau 'The Fighting Marine' pernah mematahkan rahang Muhammad Ali dengan tumbukan padu pada tahun 1973 ketika pertama kali beraksi.

Memulakan kerjaya sebagai peninju ketika bersama dengan Pasukan Tentera Amerika Syarikat dan secara profesional selepas tamat khidmatnya pada tahun 1967.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan