SEPANG: Penunggang utama pasukan Tuenti HP 40, Esteve Rabat akan memulakan perlumbaannya pada Ahad di petak utama, selepas mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan Grand Prix Motosikal Malaysia 2013, di Litar Sepang pada Sabtu.Rabat dari Sepanyol mencatat masa dua minit 7.063 saat. Penunggang pasukan Interwetten Paddock Moto2 Racing, Thomas Luthi dari Switzerland bermula di petak kedua dengan catatan 2:07.081s, manakala rakan sepasukan Rabat dan senegara, Pol Espargaro menduduki petak ketiga selepas mencatatkan masa 2:07.161s. - BERNAMA