Pemain-pemain dari pasukan Bosnia meraikan kemenangan selepas menewaskan Lithuania dalam saingan kelayakan kumpulan G di Kaunas, Lithuania, awal pagi Rabu. Bosnia mencatat sejarah tersenarai buat pertama kali dalam saingan Piala Dunia. -foto APSAINGAN merebut tempat ke perlawanan Piala Dunia 2014 menyaksikan empat lagi pasukan dari Eropah menempah tiket ke perlawanan yang akan berlangsung di Brazil tahun hadapan.Empat negara berkenaan ialah England, Sepanyol, Bosnia dan Rusia yang masing-masing menang dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi Rabu. England layak apabila menewaskan Poland 2-0 dalam saingan kumpulan H manakala juara bertahan, Sepanyol menewaskan Georgia 2-0 dalam saingan kumpulan I.Bosnia pula menang 1-0 ke atas Lithuania dalam kumpulan G, dan Rusia yang seri 1-1 dengan Azerbaijan dalam kumpulan F tetap layak berdasarkan kelebihan mata.Kemenangan Bosnia sekali gus telah mencatat sejarah kerana pertama kali layak ke saingan Piala Dunia.Ini bermakna, keempat-empat pasukan ini akan bersama-sama dengan pasukan Itali dan Belanda yang menjadi dua pasukan dari Eropah yang pertama berjaya melayakkan diri ke Brazil.Dua lagi pasukan yang layak ialah Belgium, Jerman dan Switzerland, menjadikan sembilan pasukan dari Eropah telah menempah tiket untuk menghadapi saingan Piala Dunia 2014.Bagi pasukan dari Asia, empat negara telah berjaya layak ke Brazil secara automatik iaitu Australia, Iran, Jepun dan Korea Selatan setelah menduduki dua tempat teratas.Bagi zon Amerika Selatan, Honduras, Ecuador dan Chile layak ke Brazil apabila masing-masing menang dalam perlawanan yang berlangsung awal Rabu.Ketiga-tiga pasukan ini akan bersama-sama Costa Rica dan Amerika Syarikat yang berada dalam zon Amerika Utara.Selain itu, Argentina, Brazil (tuan rumah) dan Colombia juga telah layak.Pasukan yang menghabiskan saingan sembilan kumpulan Eropah dengan menduduki tangga teratas secara automatik layak ke Brazil.Lapan pasukan terbaik yang menghuni tangga kedua setiap kumpulan akan bersaing dalam playoff, November ini.Setakat ini pasukan yang akan bermain dalam perlawanan 'palyoff' ialah Uruguay, Jordan, Mexico, New Zealand, Perancis, Greece, Ukraine, Romania, Iceland, Croatia dan Sweden.