suria

Azraai Khor Hampir Pasti Latih Pasukan T-Team

KUALA TERENGGANU: Tanggal 13 November ini akan menentukan sama ada bekas jurulatih Perak Mohd Azraai Khor Abdullah akan mengendalikan pasukan T-Team bagi menghadapi Liga M tahun depan atau sebaliknya.

Azraai dijangka mengadakan perbincangan dengan pengurus pasukan T-Team Rozi Mamat pada tarikh itu.

"Secara rasminya kami akan melamar Azraai pada hari itu setelah beberapa perbincangan awal diadakan sebelum ini," kata penolong pengurus pasukan T-Team Mohamad Skanther Hamid.

Beliau berkata Rozi kini berada di Indonesia untuk berbincang dan membuat perjanjian persefahaman (MoU) dengan seorang pemain kebangsaan negara itu untuk mewakili T-Team tahun depan.

Skanther berkata T-Team juga akan membuat keputusan mengenai dua lagi pemain import pasukan itu tahun hadapan pada Rabu ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan