suria

Bayern Munich Lakar Rekod 37 Perlawanan Tanpa Kalah

Mueller meraikan jaringannya pada minit ke-90.
Mueller meraikan jaringannya pada minit ke-90.
Mueller meraikan jaringannya pada minit ke-90.

BAYERN Munich mengungguli kedudukan Bundesliga dengan empat mata dan melakar rekod baru memenangi 37 perlawanan tanpa kalah selepas menewaskan Augsburg 3-0, malam Sabtu.

Ketiga-tiga gol itu dijaringkan oleh Jerome Boateng, Franck Ribery dan Thomas Muller.

Kemenangan itu menyaksikan Bayern yang tewas dalam saingan Bundesliga pada Oktober tahun lalu mengatasi rekod 36 perlawanan tanpa kalah yang dilakar Hamburg antara Januari 1982 dan Januari 1983.

Dalam perlawanan berasingan, Borussia Dortmund menduduki tempat kedua selepas tewas mengejut 1-2 ke atas Wolfsburg.

Dortmund berada di depan pada babak pertama menerusi jaringan Marco Reus tetapi pemain tuan rumah, Ricardo Rodriguez berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-56.

Ivica Olic muncul wira Wolfsburg apabila melengkapkan gol kemenangan pasukan itu pada minit ke-69.

Sementara itu, Heung-Min Son melakukan hatrik pertamanya dalam saingan Bundesliga selepas membantu Bayern Leverkusen menewaskan Hamburg 5-3.

Pemain Korea Selatan itu yang berhijrah ke Bayern Leverkusen pada musim panas lalu meletakkan pasukan tersebut di depan seawal minit ke-9 sebelum meledak gol kedua pada minit ke-16.

Hamburger berjaya mengikat kedudukan menerusi jaringan Maximilian Beister dan Pierre Michel Lasongga masing-masing pada minit ke-23 dan 49.

Gol ketiga Heung-Min meletakkan Lecerkusen di kedudukan selesa sebelum Stefan Kiessling menjaringkan gol keempat.

Lasogga membantu Hamburg meraih gol ketiga sebelum Gonzalo Castro melengkapkan gol kemenangan buat pasukan kendalian Pengurus Sami Hyypia itu.

Bayern Leverkusen menduduki tempat ketiga dengan mengumpul 28 mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan