Brooklyn (kanan) bersama bapanya, Beckham.KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan yang paling sesuai buat anak David Beckham, Brooklyn yang mengikut bakat bapanya bermain bola sepak.Brooklyn mula menjalani latihan bersama kelab Fulham Bawah 15 tahun sekaligus mengesahkan dia bakal menyambung legasi bola sepak keluarganya selepas Beckham bersara Mei lalu. Remaja itu menjalani latihan tertutup ditemani ibunya, Victoria dalam persiapan bertemu kelab Southend Ahad ini.Brooklyn sememangnya menunjuk minat bermain bola sepak sejak kecil lagi dan turut menjalani latihan bersama beberapa kelab Liga Perdana Inggeris termasuk di Manchester United hujung bulan lalu.Sebelum itu, dia turut berlatih dengan pasukan Chelsea dan Queens Park Rangers tahun ini.