Usain Bolt & Shelly-Ann bersama trofi anugerah masing-masing. -foto EPAPELARI pecut Jamaica Usain Bolt dan Shelly-Ann Fraser- Pryce masing-masing dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Terbaik Dunia 2013 dan Atlet Wanita Terbaik Dunia 2013 oleh Persekutuan Olahraga Amatur Dunia (IAAF) pada satu majlis di Monaco pada Sabtu.Bolt memenangi emas dalam acara 100 meter, 200 dan 4x100 meter di kejohanan dunia di Moscow pada bulan Ogos menjadikan jumlah lapan pingat emas dan dua perak dikutip pada kejohanan tersebut, sekali gus mengangkat beliau beliau sebagai atlet yang paling berjaya dalam sejarahnya. Pelari pecut berusia 27 tahun ini juga mempunyai enam pingat emas Olimpik dan memegang rekod dunia 100 dan 200 meter, memenangi anugerah IAAF bagi musim ketiga berturut-turut dan kali kelima dalam tempoh enam tahun."Musim ini akan menjadi satu musim untuk mencipta rekod dunia (200m )," kata Bolt, membayangkan bahawa masa di bawah 19 saat adalah sasarannya. Rekod dunia semasa adalah 19.19 saat.Rakan senegara, Shelly-Ann merangkul pingat emas dalam tiga acara yang sama di Moscow, setelah sebelum ini memenangi dua pingat emas dan dua perak dan juga merupakan juara pecut Olimpik.Ini merupaka anugerah Atlet Terbaik Dunia yang pertama bagi atlet berusia 26 tahun ini dan ia juga merupakan kali pertama sejak kejayaan Britain pada tahun 1993 yang mana dua atlet dari negara yang sama telah memenangi anugerah dalam tahun yang sama."Saya terkejut dan teruja. Ia adalah sesuatu yang telah menjadi impian saya," kata Shelly-Ann , yang menjadi wanita Jamaica kedua memenangi anugerah itu selepas Merlene Ottey pada tahun 1990.Bolt dan Shelly-Ann juga menerima hadiah sebanyak AS$100,000.