Chong Wei ketika ditemuramah oleh wartawan selepas menjuarai perseorangan lelaki badminton Terbuka Hong Kong, Ahad. -foto AFPKUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul gelaran hatrik Terbuka Hong Kong apabila menang pada perlawanan peringkat akhir di Coliseum Hong Kong, Ahad.Chong Wei, 31, mengatasi pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro, 21-13, 21-9. Pemain nombor satu dunia itu, sebelum ini menjuarai kejohanan itu dua kali berturut-turut pada 2009 dan 2010.Pada pertemuan separuh akhir, Chong Wei mengalahkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-12, 21-7.Untuk rekod, pertemuan antara Chong Wei dan Sony merupakan kali ke-14 dengan Chong Wei menang lapan kali dengan kali terakhir pada Terbuka Malaysia tahun ini.