suria

Canfield Dinobat Juara AWMRT 2013, Robertson Juara Piala Monsun

Jurumudi pasukan USOne Taylor Canfield (kiri) bersama krewnya dinobatkan sebagai juara Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) selepas berakhirnya Kejohanan Piala Monsun 2013 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Sabtu. - fotoBERNAMA
Jurumudi pasukan USOne Taylor Canfield (kiri) bersama krewnya dinobatkan sebagai juara Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) selepas berakhirnya Kejohanan Piala Monsun 2013 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Sabtu. - fotoBERNAMA
Jurumudi pasukan USOne Taylor Canfield (kiri) bersama krewnya dinobatkan sebagai juara Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) selepas berakhirnya Kejohanan Piala Monsun 2013 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Sabtu. - fotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU: Skipper pasukan US One, Taylor Canfield membuat kejutan apabila merangkul gelaran Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT) buat julung kali setelah menyingkirkan pencabar terdekat, Ian Williams yang juga merupakan juara dua tahun berturut-turut.

Meskipun skipper dari Virgin Islands, Amerika Syarikat itu tewas 1-3 kepada pasukan WAKA Racing yang dikemudi Phil Robertson pada saingan separuh akhir Piala Monsun, ia tidak menghalang pasukan mereka untuk bersorak kemenangan awal selepas pencabar terdekatnya Williams dari pasukan GAC Pindar itu tewas 0-3 di pusingan akhir di tangan Robertson.

Pada saingan separuh akhir Piala Monsun yang berlangsung di Pulau Duyong di sini, Sabtu, Williams telah menewaskan Mathieu Richard (GEFCO Match Racing Team) dengan kemenangan 3-1.

Dengan kemenangan siri dunia AWMRT itu membolehkan Canfield merangkul wang tunai US$100,000 berserta trofi berprestij yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Manakala selaku juara Piala Monsun 2013, Robertson dan krunya merangkul RM310,000 dan trofi Piala Monsun manakala Pasukan GAC Pindar membawa pulang RM215,000.

Turut serta pada majlis penyampaian hadiah itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif AWMRT, James Pleasance dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Mohd Jidin Shafee.

Sudah tentu ia satu prestasi yang mengagumkan buat diri pelayar Canfield itu yang bermula baik untuk pelayaran musim ini setelah mengenepikan lagenda perlumbaan, Williams - juara dunia bermula tahun 2007, 2008, 2011 dan 2012 edisi ini.

Ini kerana kekalahan Williams pada pentas akhir Piala Monsun ini cukup untuk menyekat daripada terus memintas mata Canfield dengan ketinggalan lima mata di belakang pendahulu carta, Canfield yang meraih 120 mata keseluruhan yang dikeluarkan International Sailing Federation (ISAF).

Namun Canfield, 24, masih belum berpuas hati dan pastinya mahu memburu dan mengekalkan kejuaraan dunia pada musim depan dan seterusnya mahu merebut kembali kejuaraan yang dimenanginya di sini pada Piala Monsun tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas meraih gelaran dunia itu, Canfield memberi penghormatan kepada kru pasukannya selepas berjaya meraih kejayaan pada kali ini.

Peserta tunggal negara, Jeremy Koo yang mengemudi pasukan Koo Racing Team menduduki tempat terakhir, namun masih mampu tersenyum setelah berjaya membawa pulang RM50,000 hadiah tempat ke-12.

Piala Monsun di Pulau Duyong merupakan kejohanan terakhir dari enam perlumbaan dan penutup AWMRT, menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM1.5 juta.

Pulau Duyung merupakan peringkat keenam dan terakhir dalam kalendar siri jelajah AWMRT selepas Langenargen di Jerman; Gyeonggi di Korea Selatan; Marstrand di Sweden; Chicago di Amerika Syarikat dan Hamilton di Bermuda. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain