SEBASTIAN Vettel mengakui Red Bull tidak akan berdepan dengan masalah sekiranya mempunyai jentera yang boleh diharap. Pelumba Jerman itu menamatkan perlumbaan dengan 77 lap pada hari terakhir ujian pra musim di Bahrain pada Ahad tetapi gagal menamatkan pelumbaan sepenuhnya. "Ya, ia bukan rahsia lagi. "Kami gagal melakukan masa terpantas berbanding dengan pelumba lain, dan buat masa ini kami berdepan dengan masalah besar untuk diselesaikan," katanya. Hanya sebelas hari sahaja lagi tempoh tamat ujian sebelum bermulanya latihan bebas menjelang Grand Prix Australia, Vettel mengakui Rad Bull kini bekerja kuat untuk menyelesaikan masalah yang ada.