ROBIN van Persie menegaskan dia mahu kekal bersama Manchester United. Khabar angin timbul beberapa minggu lalu mengatakan pemain antarabangsa Belanda itu tidak gembira berada di Old Trafford dan akan berpindah. Walau bagaimanapun, Van Persie menafikan khabar angin tersebut dan mendakwa dia gembira untuk menandatangani perjanjian baharu bersama juara Liga Perdana ini. Kontrak van Persie bersama Manchester United sehingga akan berakhir pada 2016. Van Persie memberitahu kepada program rasmi kelab, United Review:"Saya tidak kisah jika prestasi saya dikaji dan dikritik. Mereka boleh bercakap berkenaan permainan saya 24/7...dan banyak pandangan dan kritikan itu sebenarnya betul. Jadi saya tidak kisah. "Apa yang perlu ditekankan adalah apabila orang lain yang memikirkan tentang saya, buat andaian sendiri seolah-olah mereka itu diri saya. "Kali terakhir saya memeriksa kepala saya, ia masih lagi bersama dengan badan sendiri, jadi hanya saya sahaja yang tahu apa yang saya rasa. "Sebenarnya saya amat gembira berada di sini. Saya menandatangai kontrak selama empat tahun dan sedia untuk terus berada di sini lebih lama daripada baki kontrak yang sedia ada. "Inilah yang saya rasa walaupun ia bukan yang disebarkan oleh pihak media," katanya.