NOVAK Djokovic merangkul gelaran pertama tahun ini selepas mengetepikan musuh lamanya Roger Federer pada aksi akhir Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Ahad lalu. Pemain Serbia itu mencatat kemenangan 3-6 6-3 7-6(3) ke atas Federer. "Satu perlawanan yang luar biasa. Malah aksi sukar kerana Roger beraksi dengan baik dan saya sentiasa teruja bertemu dengannya," jelas Djokovic. Kemenangan ini merupakan rekod ketiga di California, dan merangkul 42 gelaran keseluruhannya. Manakala ini adalah kekalahan pertama Federer selepas meraih emapt kali gelaran pada kejohanan ini. "Secara peribadinya saya gembira kerana prestasi saya semakin baik. "Sudah tentu saya dahagakan banyak kejayaan dan mengutip mata tetapi Novak buatkan saya lebih sukar, jadi tahniah kepadanya," jelas Federer.