Wee Wern, pemain pilihan keenam, terpaksa bekerja keras untuk mengetepikan cabaran pemain bukan pilihan dari Australia itu dengan keputus 11-7, 11-6 dan
11-8 di Arena sPICE di sini.
"Saya gembira untuk memenangi perlawanan ini kerana Donna bukan lawan yang mudah pada pusingan pertama selepas pernah kalah beberapa kali dengannya sebelum ini," kata anak kelahiran Pulau Pinang itu.
Pada pusingan kedua nanti, Wee Wern akan bertemu dengan pemain bukan pilihan Samantha Cornett dari Kanada yang mengejutkan pemain pilihan ke-16 Line Hansen dari Denmark dengan keputusan 11-5, 11-7 dan 11-7.
"Perjalanan ke final masih jauh dan sekiranya dapat melepasi perlawanan Khamis, saya akan berdepan dengan cabaran paling getir apabila menentang pemain
nombor dua dunia Laura Massaro," kata Wee Wern.
Sementara itu, pemain amatur negara Vanessa Raj, yang beraksi atas tiket 'wildcard', terpaksa akur dengan kehebatan Laura apabila tunduk 7-11, 4-11 dan
1-11.
Pemain England itu mara ke pusingan kedua dan akan menentang pemain pilihan kesembilan, Jenny Duncalf dari England.
Jenny sebelum itu membuka kempen dengan mengalahkan pemain New Zealand, Megan Craig dengan straight set 11-8, 11-4 dan 11-3.
Juara kejohanan ini akan menerima hadiah wang tunai US$120,000 (RM393,559).