Penerjun kelahiran Sarawak berusia 21 tahun itu berkata beliau akan menampilkan aksi terbaik untuk mempertahankan pingat perak dalam acara individu
10 meter platform wanita pada pusingan kedua di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu.
"Memang sukar untuk mengatasi Liu...saya hanya menaruh harapan dan sekiranya merangkul emas esok, ia adalah bonus kepada saya," katanya.
Dalam acara individu pada pusingan pertama di Beijing minggu lepas, Pandelela mendapat perak dengan mengumpul 368.50 mata, di belakang Liu, yang
Bagaimanapun, Pandelela bersama Leong Mun Yee merangkul gangsa dalam acara platfrom 10 meter seirama di Beijing sebelum memperbaiki kejayaan dengan pingat perak pada pusingan kedua di Dubai semalam.
Pusingan kedua di Dubai berakhir esok sebelum pusingan ketiga di London dari 25 hingga 27 April, Moscow, Russia (2-4 Mei), Windsor, Kanada (30 Mei-1 Jun) dan Monterrey, Mexico (6-8 Jun).