Kedua-dua pemain itu tidak hadir ke sesi pemilihan kedua itu, namun mereka dilihat hadir ke stadium menghantar sijil sakit kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pada sesi latihan pertama (Khamis) Misbun Ramdan tidak dapat hadir kerana baharu sahaja pulang dari Romania manakala Zulfadli dilaporkan tidak sihat.
Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata, keputusan mengenai siapa yang bakal mengisi slot terakhir ke Piala Thomas masih belum diketahui.
Katanya, masih terlalu awal untuk memberi sebarang ulasan mengenai perkara ini.
Bagaimanapun bayangan pemain perseorangan bagi mengiringi Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng dan Liew Daren kini tertumpu kepada pemain pelapis negara, Goh Soon Huat.
Jelas Soon Huat, dia telah memberikan yang terbaik pada sesi pemilihan ini dan kini terserah kepada jurulatih.
Piala Thomas Akhir akan berlangsung di New Delhi pada 18-25 Mei ini.