The Manchester Evening News memaparkan gambar Smalling berjalan sambil menyanyi di jalan pada pukul 3.15 pagi Sabtu lalu.
"Saya sudah bercakap dengan Chris dan menyelesaikan perkara itu," jelas Moyes.
Ini bukanlah kali pertama pemain antarabangsa England itu berdepan dengan masalah disiplin sekaligus menimbulkan kontroversi dirinya.
Bekas pemain Fulham ini pernah dilaporkan memakai pakaian seperti pengebom berani mati pada satu majlis tertutup Januari lalu.
Smalling kemudiannya meminta maaf di atas tindakannya itu yang tidak sensitif dan tidak berfikir panjang ketika memakai pakaian tersebut.