Bagaimanapun pihak polis mengesahkan tidak ada barangan yang mencurigakan dan berbahaya sebelum Nadal memulakan aski di Crandon Park.
Pemain Sepanyol itu tidak menjadi situasi amaran bom itu sebagai penghalangnya untuk menewaskan Fognini dalam tempaoh 62 minit.
"Setiap hari saya cuba untuk mencari rentak, cuba untuk berfikir mengenai diri saya, apa yang perlu saya lakukan untuk melakukan lebih baik.
"Jadi saya fokus apa yang saya perlu lakukan untuk bermain yang terbaik," jelas Nadal.
Nadal bakal bertemu pemain Kanada, Milos Raonic yang menewaskan Benjamin Becker 6-3 6-4 bagi merebut tiket ke suku akhir ini.
"Dia adalah lawan yang berbahaya. Servisnya sangat kuat, dan tidak ragu-ragu itu adalah antara yang terbaik.
"Permainan Raonic agresif kerana dia selalu yakin dengan setiap pukulannya," tambah Nadal.