SEPANG: Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton mendahului barisan pelumba pada sesi latihan bebas pertama Grand Prix Formula Satu (F1) Petronas Malaysia 2014, pagi Jumaat. Hamilton mencatat masa terbaik 1m40.691s, di depan pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen dalam keadaan cuaca panas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Latihan bebas pertama ini dilihat lebih tertumpu kepada penyesuaian pelumba-pelumba terhadap keadaan litar yang berdebu. Juara GP Australia, Nico Rosberg yang juga rakan sepasukan Hamilton berada di kedudukan ketiga. Namun Rosberg berjaya memperbaiki kedudukan pada sesi latihan bebas kedua pada sebelah petang untuk berada di kedudukan teratas. Pelumba Jerman itu yakin pasukannya sudah bersedia berdepan dengan pelbagai situasi perlumbaan minggu ini dan berharap mampu mengulangi kejayaan yang dilakukan di Australia dua minggu lalu. Manakala juara dunia, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull meraih kedudukan ketujuh pada sesi latihan bebas pertama, namun berjaya menempatkan diri dalam kelompok ketiga teratas pada sesi latihan kedua. Hamilton pula jatuh ke kedudukan keempat pada sesi kedua ini, manakala rakan Raikkonen, Fernando Alonso di tempat kelima. Keputusan penuh latihan bebas kedua: 1.Nico Rosberg Mercedes 1:39.909 2.Kimi Räikkönen Ferrari 1:39.944 3.Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:39.970 4.Lewis Hamilton Mercedes 1:40.051 5.Fernando Alonso Ferrari 1:40.103 6.Felipe Massa Williams-Mercedes 1:40.112 7.Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:40.276 8.Jenson Button McLaren-Mercedes 1:40.628 9. Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:40.638 10. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:40.691 11.Jean-Eric Vergne STR-Renault 1:40.777 0.868 12.Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 1:41.014 13.Adrian Sutil Sauber-Ferrari 1:41.257 14.Daniil Kvyat STR-Renault 1:41.325 15.Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari 1:41.407 16.Sergio Perez Force India-Mercedes 1:41.671 17.Romain Grosjean Lotus-Renault 1:42.531 18.Max Chilton Marussia-Ferrari 1:43.638 19.Jules Bianchi Marussia-Ferrari 1:43.752 20.Marcus Ericsson Caterham-Renault 1:45.703 21.Kamui Kobayashi Caterham-Renault (tiada masa) 22. Pastor Maldonado Lotus-Renault (tiada masa)