suria

GP Emas Terbuka M'sia: Beregu Utama Negara v Shem-Khim Wah Tewas

Pasangan beregu negara, Lim Khim Wah-Goh V Shem tewas di tangan pasangan dari Singapura dalam perlawanan akhir GP Emas Terbuka Malaysia di Pasir Gudang, Johor pada Ahad.

BEGERU utama negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah tewas di tangan pasangan tidak ternama Singapura, Danny Bawa Chrisnanta-Chayut Triyachart 21-17;22-20 dalam perlawanan akhir GP Emas Terbuka Malaysia yang berlangsung di Pasir Gudang, Johor semalam. 

Hanya tiga bulan yang lalu, mereka memenangi Terbuka Malaysia Superseries tetapi nampaknya tidak dapat mempertahankan prestasi tersebut dalam perlawanan kali ini.

Bagi pasangan Singapura itu pula, ini adalah kejuaraan mereka yang pertama di pentas antarabangsa dan bukan itu sahaja, malah mereka hanya layak ke kejohanan ini menerusi perlawanan pusingan kelayakan. 

Sebenarnya pasangan Singapura itu telah pun menunjukkan yang mereka adalah satu ancaman besar dalam kejohanan ini apabila mereka menumpaskan satu lagi pasangan utama Malaysia, Hoon Tien How-Tan Wee Kiong pada pusingan pertama lagi. 

Tetapi Shem dan Khim Wah seolah-olah tidak nampak ini juga akan berlaku ke atas mereka. 

Ini adalah prestasi terburuk pasukan Malaysia di tempat sendiri apabila gagal untuk memenangi walau satu acara pun. 


 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain