suria

Penjaga Gol Barcelona Victor Valdes Boleh Ucap Selamat Tinggal Kepada Piala Dunia & Kelabnya

Victor Valdes bermain buat kali terakhir untuk Barcelona minggu lalu dan kini terpaksa berehat selama tujuh bulan selepas selamat menjalani pembedahan lutut kanan di Jerman pada Isnin.

BARCELONA: Penjaga gol Barcelona dan Sepanyol, Victor Valdes boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kelabnya dan juga Piala Dunia selepas menjalani pembedahan yang akan menyebabkannya terpaksa berehat selama lebih tujuh bulan. 

Pembedahan tersebut yang dijalankan di Jerman adalah bagi membetulkan otot pada lutut kanannya yang terkoyak ketika bermain dalam perlawanan liga menentang Celta Vigo minggu lalu. 

Valdes, 32,  telah pun membuat pengumuman yang dia tidak akan menyambung kontraknya bersama Barcelona musim depan untuk berubah angin dan mencuba nasib dengan kelab lain.

Ini bermakna yang dia tidak akan menyarung jersi Barcelona lagi dan perlawanan menentang Celta Vigo boleh dianggap sebagai kali terakhir dia mewakili kelab Catalan itu.

Ketiadaan Valdes mungkin membuka peluang kepada penjaga gol Manchester United, David de Gea untuk terpilih mewakili Sepanyol ke Piala Dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain