suria

Mr Universe Sazali Raih Trofi Anugerah Atlet Terbaik SAM

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah) bergambar bersama penerima anugerah Atlet Terbaik Anugerah SAM, Sazali Abd Samad (kanan) pada majlis Anugerah SAM 2013, Khamis. Foto: BERNAMA
PETALING JAYA: Jaguh bina badan negara, Sazali Abd Samad dipilih untuk menerima Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus-KBS 2013 pada Majlis Anugerah SAM-100Plus-KBS, Khamis.

Sazali,47, mengetepikan lima lagi pencalonan lain iaitu Datuk Lee Chong Wei (badminton), Ho Mun Hwa (wushu), Diana Bong Siong Lin (wushu), Datul Nicol David (skuasy) dan Pandelela Rinong/Leong Mun Yee (terjun).

"Saya memang terkejut dengan kemenangan ini kerana  selepas 26 tahun akhirnya saya diiktiraf SAM.

"Saya bersyukur dan menganggap ini adalah rezeki saya dan keluarga. 

"Juga terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia yang berterusan dalam karier saya," katanya kepada media. 

Mr Universe sembilan kali ini berkata, tahun ini dia akan cuba meraih sebanyak mungkin gelaran.

"Acara bina badan tidak tersenarai dalam dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel jadi, saya akan menumpukan acara lain dan cuba memburu gelaran yang ke-10," tambah atlet kelahiran Batu Pahat, Johor ini.

Pada aksi tahun lalu, Sazali meraih pingat emas dalam kategori 'lightweight' di Kejohanan Bina Badan Dunia WBPF untuk gelaran kesembilan dalam kariernya.

Sazali juga meraih pingat perak Sukan Sea 2013 dalam kategori 70kg.

Selain itu, pada majlis ini menyaksikan wartawan sukan dari The Star, Rajes Paul menerima  Anugerah Utama Kewartawanan Sukan 2013. 

Tahun lalu Rajes yang pakar dalam sukan badminton turut meraih trofi yang sama.


Senarai penuh penerima anugerah:

Anugerah Persatuan Dinamik diberikan kepada Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

Anugerah 'Comeback Athlete of The Year' - Mohd Jironi Riduan (Olahraga)

Atlet Remaja Terbaik - Mohd Nazreen Abdullah (terjun)

Anugerah khas - Pasukan Hoki Remaja 


Anugerah SAM, Sazali Abd Samad

Artikel Lain