suria

Everton 3 Arsenal 0

Rembatan kencang Lukaku yang menghasilkan gol kedua dan tidak mungkin akan dilupakan oleh peminat Everton untuk tahun-tahun yang mendatang.

SIAPA sangka Everton akan menewaskan Arsenal 3-0 dan jika mereka dapat mengekalkan rentak seperti ini dalam baki enam perlawanan sahaja lagi nescaya mereka akan merampas tempat keempat liga sekaligus melayakkan diri ke kejohanan Piala Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Dalam perlawanan di tempat sendiri, Goodison Park pada Ahad, Everton bermain dengan menyerlah walaupun pada ketika-ketika tertentu Arsenal kelihatan sedikit mengancam.

Steven Naismith dan Romelu Lukaku menghasilkan gol kemenangan untuk Everton dan gol sendiri daripada Mikel Arteta sudah cukup untuk memalukan Arsenal yang hanya beberapa minggu lalu dilihat sebagai calon juara musim ini.

Dan sudah pastinya para peminat Everton tidak dapat bayangkan bagaimana mereka akan mengharungi musim depan tanpa Lukaku kerana pemain itu akan kembali ke pangkuan kelab asalnya, Chelsea musim depan.

Tetapi kita lupakanlah tentang hal itu buat sementara waktu kerana kemenangan ini hanya meletakkan Everton satu mata di belakang Arsenal yang kini masih lagi bertahan di tangga keempat liga.

Everton mengumpul 63 mata manakala Arsenal 64. Mengikut rapat di belakang Everton ialah juara bertahan Manchester United dengan 57 mata.

Everton: Howard 6.5, Baines 8, Distin 7, Stones 8, Coleman 7, McCarthy 7.5, Barry 7, Osman 6 (Barkley 10' - 9), Naismith 6.5 (McGeady 81'), Mirallas 8, Lukaku 8 (Deulofeu 86').

Simpanan: Robles, Hibbert, Garbutt, Alcaraz.

Gol: Naismith, Lukaku, Arteta.

Kad Kuning: Osman.

Arsenal: Szczesny 6, Sagna 6.5, Mertesacker 6, Vermaelen 6, Monreal 5, Arteta 5.5, Flamini 5.5 (Ramsey 66' - 6), Rosicky 5.5, Cazorla 5, Podolski 5 (Oxlade-Chamerlain 66' - 6), Giroud 4.5 (Sanogo 71' - 6).

Simpanan: Viviano, Jenkinson, Bellerin, Kallstrom.

Kad Kuning: Arteta, Flamini

Stadium: Goodison Park

Jumlah Penonton: 39,504

Everton, Arsenal, Lukaku

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Lain