PEMAIN pilihan tuan rumah, Agnieszka Radwanska mara ke pusingan kedua Terbuka Katowice, Poland selepas mencatat kemenangan ke atas pemain wildcard Czech, Kristyna Pliskova 6-3 6-2.
Radwanska,25, hanya mengambil masa 69 minit untuk menewaskan Pliskova.
"Ia bukan mudah untuk menewaskan pemain kidal seperti Kristyna, yang mempunyai bakat dan tidak memberi peluang untuk bermain dengan rentak sendiri.
"Namun saya bermain baik pusingan ini dan gembira dengan kemenangan pertama.
"Dalam masa sama juga, saya teruja dengan suasana Katowise minggu ini. Terdapat ramai pemain terbaik kelompok 20 beraksi.
"Satu peluang terbaik bagi negara saya mengadakan kejohanan ini, serta aksi penting untuk pemain muda Poland.
"Saya harap mereka boleh melepasi halangan dengan baik," jelasnya.