MUNICH: Patrice Evra mungkin telah menjaringkan gol paling hebat dalam sejarah kariernya yang gemilang bersama Manchester United pada perlawanan menentang juara Jerman, Bayern Munich di peringkat suku akhir Piala Liga Juara-Juara Eropah di sini malam tadi tetapi kelabnya hancur dalam jarak setengah jam apabila mereka melepaskan tiga gol. United hanya perlu menang 1-0 dalam perlawanan kedua ini selepas mereka seri 1-1 di Old Trafford minggu lalu. Selepas 58 minit permainan mereka kelihatan seperti telah mencapai matlamat tersebut dengan rembatan kencang Evra hasil hantaran silang Antonio Valencia. Malangnya tidak sampai seminit kemudian mereka mengizinkan Mario Mandzukic menjaringkan gol penyamaan Bayern menjadikan kedudukan dengan agregat 2-2. Lapan minit kemudian, mereka mula goyah dan kelihatan keletihan. Ia datang bersama risiko yang tinggi. Thomas Muller menyunmbat gol kedua Bayern menjadikan agregat 3-2. Sepuluh minit selepas iu Arjen Robben menutup pintu United untuk menamatkan persaingan United dengan kedudukan agregat 4-2. Maka hancurlah sudah kempen United dalam semua persaingan musim ini. Di atas kertas ini adalah pasukan terkuat United musim ini tetapi masih tidak cukup bagus untuk menghalang kemaraan Bayern yang bermain tanpa lima pemain utama mereka. Dengan kedudukan mereka di tangga ke tujuh liga, mereka tidak nampak bagaimana cara untuk melonjak ke tangga keempat iaitu kedudukan terakhir untuk layak ke liga ini musim depan. Dan bagaimana pula dengan kedudukan David Moyes, pengurus baru mereka? Jika dia tidak dipecat menjelang hujung musim ini, maka kita bolehlah menganggap ia sebagai satu keajaiban yang jarang-jarang berlaku dalam dunia bolasepak moden hari ini. BAYERN: Manuel Neuer, Philip Lahm, Jerome Boateng, Bonfim Dante, David Alaba, Thomas Muller, Toni Kroos, Mario Gotze, Arjen Robben, Mario Mandzukic, Franck Ribery, Marcio Rafinha (65'), Claudio Pizarro (84'). Simpanan: Lukas Raeder, Daniel Van Buyten, Patrick Weihrauch, Mitchell Weiser, Pierre Hojbjerg. MAN UTD: David De Gea, Phil Jones, Chris Smalling, Nemanja Vidic, Patrice Evra, Michael Carrick, Darren Fletcher, Antonio Valencia, Shinji Kagawa, Danny Welbeck, Wayne Rooney, Javier Hernandez (74'), Adnan Januzaj (80'). Simpanan: Anders Lindegaard, Rio Ferdinand, Ryan Giggs, Ashley Young, Alexander Buttner,