suria

MotoGP: Edwards Bakal Bersara Hujung Tahun Ini

Edwards mengambil keputusan untuk bersara dari karier pelumbaan hujung tahun ini.
PELUMBA Amerika Syarikat, Colin Edwards bakal bersara daripada perlumbaan MotoGP selepas berakhirnya musim 2014.

Edwards,40, merupakan juara dunia dua kali Superbike sebelum beraksi dalam MotoGP pada tahun 2003.

"Saya ada berbincang dengan anak-anak dan isteri menegnai keputusan ini, dan ada sesuatu yang saya rindukan," jelasnya ketika membuat pengumuman di Austin menjelang perlumbaan minggu ini.

"Saya perlu lebih masa untuk berada di rumh.

"Edwards merupakan rakan sepasukan Valentino Rossi bagi pasukan Yamaha pada tahun 2005-07.Selepas itu, dia digantikan Jorge Lorenzo pada tahun 2008 dan Edwards beralih angin ke pasukan Tech 3. 

Empat musim bersama pasukan Tech 3, Edward mencuba nasibnya bersama Forward Racing pada tahun 2012 sehingga kini.

Edwards tidak pernah menjuarai sebarang perlumbaan MotoGP, tetapi  dia mencatat 12 kali berada di podium dan tiga kali meraih kedudukan petak utama.

Colin Edwards, MotoGP, Superbike

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain