PELUANG pemain tengah Jerman, Sami Khedira untuk menyertai aksi Piala Dunia Jun ini kembali cerah selepas mula menjalani latihan bersama kelabnya Real Madrid buat kali pertama selepas lima bulan berehat. Pemain berusia 27 tahun ini mengalami kecederaan ligamen ketika beraksi seri 1-1 menentang Itali pada November lalu.Sejak itu, Khedira lebih banyak mengisi masanya denga melakukan pemulihan di negaranya. Khedira merupakan salah seorang kunci utama pasukan Jerman ketika aksi Piala Dunia empat tahun lalu di bawah pegurusan Joachim Low. Dia perlu menunjukkan prestasi baik sehingga hujung musim ini bagi membuka peluangnya ke Brazil.Dan dalam pada itu, tumpuannya juga untuk mencuba memberi penampilan pada final Copa del Rey bertemu Barcelona Rabu ini. Selain itu, pemain pertahanan Brazil, Marcelo dan bintang Sepanyol, Sergio Ramos dijangka akan kembali cergas daripada kecederaan, manakala nasib Christiano Ronaldo masih samar kerana kecederaan hamstring menjelang perlawanan tersebut.