KUALA LUMPUR: Johan bertahan Karolina Pliskova dari Republik Czech mara ke pusingan kedua BMW Terbuka Malaysia 2014 di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) di sini Selasa. Pemain pilihan ketiga yang sekarang berada di ranking ke-67 dunia menumpaskan Aleksandra Krunic dari Serbia dalam pusingan pertama; 6-2 dan 6-2. Pemain berusia 22-tahun itu memenangi juara perseorangan pertama Persatuan Tenis Wanita (WTA) tahun lepas di kejohanan yang sama. Pliskova telah memenangi 10 juara perseorangan dan enam juara beregu Sirkit Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF). Pliskova akan bertemu Duan Ying-Ying dari China yang mengalahkan Ana Vrljic, Croatia; 6-3 dan 6-2 pada pusingan pertama, Selasa.