PENYERANG Asenal, Olivier Giroud menegaskan bahawa pasukannya mempunyai baki 'lima piala akhir' sebelum tamat musim ini. Pemain kelahiran Perancis ini yakin tekanan dan saingan semakin sengit bagi memastikan pasukannya tidak terkeluar dalam kedudukan terbaik liga. Giroud mencatat gol ke-20 musim ini ketika The Gunners menang 3-2 ke atas West Ham yang menyaksikan dua jaringan hasil Lukas Podolski. Arsenal kini berada di tangga keempat liga, namun jika Everton menang ke atas Crystal Palace pada aksi awal pagi Khamis, mereka akan mengambil alih tempat finalis Piala FA ini. "Pada pandangan saya, kami masih berbaki empat lagi perlawanan dalam liga dan satu aksi final Piala FA (bertemu Hull bulan dengan). "Kami perlu menang setiap perlawanan dan mengharapkan Everton melakukan kesilapan daripada Everton," jelasnya. Baki perlawanan Arsenal: Hull (20 April), Newcastle (28 April), West Brom (4 Mei) dan Norwich (11 Mei)