KUALA LUMPUR: Pemain berusia 17 tahun Donna Vekic kini hampir mencapai kemuncak kerjaya bila memasuki peringkat akhir BMW Terbuka Malaysia 2014 pada Ahad. Beliau akan bertemu Dominika Cibulkova, yang menduduki ranking ke-10 dunia selepas mengalahkan Zhang Shuai dari China; 1-6, 6-3 dan 6-4 dalam sejam 29 minit. "Saya agak terkejut dapat ke peringkat akhir. Beberapa bulan lepas saya tidak menang mana-mana perlawanan. "Ini kali ketiga saya memasuki peringkat akhir Persatuan Tenis Wanita (WTA) dan berharap pengalaman yang saya raih akan memberi peluang kepada saya menjadi juara di sini," kata beliau selepas perlawanan separuh akhir di Kelab Golf Diraja Selangor (RSG), malam ini. Vekic mencapai kejayaan pertama memasuki peringkat akhir WTA pada Terbuka Tashkent, Uzbekistan 2012 yang menyaksikan kedudukan seri utamanya di kejohanan itu. Pemain Croatia itu memenangi empat juara perseorangan dan satu beregu di Sirkit Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF). Johan bertahan, Karolina Pliskova dari Republik Czech tewas di tangan pemain Slovakia's Cibulkova; 7-6, 3-6 dan 3-6 dalam dua jam 29 minit. Sementara itu, regu Chan Yung-Jan dari China Taipei dan Zheng Saisai dari China menumpaskan pemain Ukraine, Lyudmyla Kichenok dan Olga Savchuk; 4-6, 6-4 dan 10-4. Regu pilihan keempat itu akan bertemu Timea Babos dari Hungary dan pemain China Taipei Chan Hao-Ching di peringkat akhir. Babos/Chan menumpaskan Jarmila Gajdosovo dari Australia dan Hsieh Su-Wei dari China Taipei; 6-3 dan 6-3 pada Jumaat.