Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya berkata keputusan itu diperkenan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selepas mengambil kira tindakan On yang dikatakan menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman.
On dilaporkan berbuat demikian pada aksi Liga Perdana antara JDT II dan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Sabtu lepas.
Mohd Fahmy berkata On turut dikenakan denda RM25,000 namun masih kekal selaku anggota exco PBNJ.
On dikatakan telah menumbuk muka Sukri selepas berang dengan beberapa keputusan yang disifatkan berat sebelah, sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong tuan rumah.
Perlawanan itu berkesudahan seri 2-2.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini dipetik sebagai berkata, On bakal berdepan hukuman berat termasuk digantung seumur hidup daripada aktiviti bola sepak sekiranya didapati bersalah menyerang pengadil.