GIANNI Subba satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia sukan bela diri campuran (MMA), lebih-lebih lagi dalam kategori flyweight. Baharu berusia 21 tahun, Gianni merupakan kacukan Nepal (bapa) dan ibunya keturunan Cina dari Malaysia. Dia mula mempamerkan persembahan yang menakjubkan dengan mengetepikan lawan veteran dari Singapura, Bruce Loh sekaligus menarik minat One Fighting Championship (One FC) ketika berusia 19 tahun. Kini Gianni menjadi antara salah seorang saingan yang digeruni di dunia dengan rekod menang 3-0 dan akan beraksi ini merupakan kali keempat penyertaannya dalam saingan One FC. Gianni memiliki keistimewaan fasih dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia dan Mandarin memandangkan dia bersekolah di sini sehinggalah berumur 14 tahun sebelum berpindah ke kolej di Hawai. Dengan kelebihan 'kuncian' terhadap lawannya, Gianni bertuah kerana dilatih oleh legenda Jeremy Horn di Amerika Syarikat dan seterusnya berada bersama pasukan terbaik di Phuket dalam persiapan menawan Asia dalam aksi MMA. Gianni Subba Pada aksi 2 Mei ini, Gianni bakal bertemu dengan peserta dari Filipina yang juga merupakan jurulatih MMA, Eugenio Toquero. Bagi Gianni, pertembungan ini amat penting bagi demi meningkatkan lagi keyakinan dalam dirinya. "Saya melakukan persiapan rapi menjelang perlawanan ini dan harap mampu mengekalkan rekod tanpa kalah sebelum ini. "Bukan itu sahaja kerana kemenangan ini amat berharga bagi memastikan status peserta flyweight paling berbahaya rantau Asia. "Semua peserta amat mempunyai kelebihan masing-masing. Tetapi saya telah bekerja keras untuk pertandingan ini dan yakin akan menamatkan aksi dengan baik," katanya yang memiliki ketinggian 175 sentimeter dan berat badan 56.7 kilogram. Gianni merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik yang mana adiknya Keanu Subba juga merupakan pemenang Featherweight MIMMA musim pertama.