suria

Arsenal Layak Ke Eropah, Tewaskan Newcastle 3-0

Laurent Koscielny (kanan) meraikan jaringannya bersama penyerang Olivier Giroud ketika bertemu Newcastle United, awal pagi Selasa.
LONDON: Arsenal melonjak ke tangga keempat dengan kelebihan empat di depan Everton dalam perebutan slot kelayakan ke aksi Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas menewaskan Newcastle United, 3-0 di Stadium Emirates, awal pagi Selasa.

Penyerang Laurent Koscielny membuka jaringan awal sebelum Mesut Ozil meledak gol kedua yang juga ke-10 untuknya musim ini. 

Olivier Giroud pula menambah derita Newcastle dengan menjaringkan gol ke-21 miliknya bersama The Gunners.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Arsenal layak ke Eropah untuk kali ke-17. 

Skuad Arsene Wenger kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan daripada dua perlawanan berbaki musim ini.

Arsenal akan menentang West Bromwich Albion pada 4 Mei manakala berkunjung ke Carrow Road bertemu Norwich City, 11 Mei depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain