suria

Edin Dzeko Dalam Senarai Awal Skuad Piala Dunia Bosnia

Dzeko meraikan kejayaan Bosnia layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil Jun ini.

PENGURUS Bosnia, Safet Susic telah menamakan penyerang Manchester City, Edin Dzeko dalam senarai awal skuad Piala Dunianya.

Kejohanan terbesar bolasepak dunia itu akan bermula pada 2 Jun dengan penyertaan 32 buah negara.

Brazil akan menjadi hos dalam temasya selama sebulan itu.

Susic turut mengejutkan rakyat Bosnia dengan menyenaraikan anak saudaranya Tino, 22,  yang juga pemain Hajduk Split dalam skuad awal ini.

Susic berkata, Tino telah bermain secara konsisten sepanjang musim ini dan itu menjadi kriteria utama di dalam pemilihan tersebut.

Jurulatih itu juga hanya menamakan dua orang penyerang ortodoks iaitu Edin Dzeko dan penyerang Stuttgart, Vedad Ibisevic.

Tetapi katanya, itu tidak mengapa kerana pemain-pemain tengahnya seperti Edin Visca, Senijad Ibricic dan Izet Hajrovic semua berkemampuan menjadi penyerang.

"Saya hanya perlukan seorang penyerang dalam perlawanan pembukaan menentang Argentina. Dan pasukan Argentina ini adalah jauh lebih baik daripada pasukan yang diterajui oleh Diego Maradona pada 1990 yang mana saya bermain menentang pasukan itu," kata Susic.

Susic bermain mewakili Yugoslavia dalam Piala Dunia 1990.

Menurutnya lagi, misi mereka ialah untuk sampai ke peringkat 16 pasukan terakhir.

Bosnia akan memulakan kempen mereka dalam Kumpulan F menentang Argentina di Rio de Janeiro pada 15 Jun, kemudian bermain menentang Nigeria pada 21 Jun dan akhir sekali menentang Iran empat hari kemudian.

SKUAD AWAL PIALA DUNIA BOSNIA:

Penjaga Gol: Asmir Begovic (Stoke City), Jasmin Fejzic (Aalen), Asmir Avdukic (Borac Banja Luka).

Pertahanan: Emir Spahic (Bayer Leverkusen), Sead Kolasinac (Schalke), Ermin Bicakcic (Eintracht Braunschweig), Ognjen Vranjes (Elazigspor), Toni Sunjic (Zorya Lugansk), Avdija Vrsajevic (Hajduk Split), Mensur Mujdza (Freiburg), Ervin Zukanovic (Gent).

Tengah: Zvjezdan Misimovic (Guizhou Renhe), Haris Medunjanin (Gaziantepspor), Miralem Pjanic (Roma), Sejad Salihovic (Hoffenheim), Senad Lulic (Lazio), Izet Hajrovic (Galatasaray), Senijad Ibricic (Erciyesspor), Edin Visca (Istanbul BB), Tino Susic (Hajduk Split), Muhamed Besic (Ferencvaros), Anel Hadzic (Sturm Graz).

Penyerang: Edin Dzeko (Manchester City), Vedad Ibisevic (VfB Stuttgart).

Edin Dzeko, Bosnia, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain