JUARA Wimbledon, Andy Murray berharap, bekas juara Grand Slam, John McEnroe akan dapat menyertainya sebagai jurulatih baru mengantikan Ivan Lendl. Dan beliau seboleh-bolehnya mahu McEnroe akan dapat berbuat demikian sebelum kejohanan Wimbledon bermula bulan depan. Murray, yang sedang bersiap sedia untuk bertanding dalam Terbuka Madrid sebagai kejohanan pemanas badan sebelum Wimbledon bermula menyifatkan McEnroe sebagai calon yang sesuai untuk membimbingnya selaku jurulatih. "Saya cuma berharap saya akan dapat jurulatih baru sebelum Wimbledon tetapi jika gagal saya meletakkan sasaran sebelum Terbuka Perancis," kata Murray. Pemain berbangsa Scot itu meletakkan sasaran jurulatih barunya nanti adalah seorang yang pernah menjadi pemain nombor satu dunia dan menang sekurang-kurangnya 10 kejohanan Grand Slams dan mampu memberikan komitmen kepadanya 25-30 minggu untuk baki tahun ini. Tapi katanya impian itu terlalu ideal dan tidak mungkin akan terjadi.