SEPERTI yang dilaporkan El Confidencial, terdapat alasan bagi pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang lebih tertarik untuk mendapatkan pemain Alletico Madrid, Filipe Luis berbanding pemain Southampton, Luke Shaw. Ini kerana bekas pengurus kelahiran Portugal itu sudah mengetahui bahawa pemain muda Southampton itu akan lebih memilih Manchester United berbanding Chelsea. Filipe Luis bukanlah pilihan kedua bagi Chelsea selepas Shaw. Permain kelahiran Brazil itu percaya beliau merupakan calon baharu buat pasukan The Blues, meskipun beliau akan berusia 29 tahun pada tahun ini. Sedangkan Shawa juga mempunyai musim yang begitu baik bersama Southampton, dengan harganya yang terlalu tinggi. Hal ini dianggap sukar menimbulkan risiko yang lebih besar kerana beliau masih berusia 18 tahun dan belum matang sebagai pemain. Manchester United pun sebelum ini membuat tawaran kepada Luis pada Januari lalu pada harga 20 juta euro (RM90.34 juta). Bagaimanapun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana musim perlawanan masih berlangsung. Kini nampaknya Chelsea akan melakukan perkara yang sama dan lebih berpeluang kerana perlawanan telah berakhir.