suria

Man City Tewaskan Aston Villa 4-0, Mara Rebut Juara EPL

Pemain Manchester City, Edin Dzeko (tengah) meraikan jaringan pembukaan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika menentang Aston Villa di Stadium Etihad, Manchester di Britain pada awal pagi Khamis. Foto EPA

MANCHESTER City memanfaatkan keputusan seri antara Liverpool dan Crystal Palace Selasa lalu dengan menumpaskan Aston Villa 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada awal pagi Khamis.

Keputusan itu meletakkan Man City di kedudukan yang selesa untuk merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Man City kini hanya perlu seri pada perlawanan terakhir menentang West Ham United hujung minggu untuk muncul juara baru liga.

Juara musim lalu ialah Manchester United. 

Kemenangan ke atas Aston Villa membawa Man City kembali ke puncak liga dengan 83 mata.

Pasukan di bawah pengurus Manuel Pellegrini itu kini lebih dua mata dari Liverpool yang berada pada kedudukan kedua.

Bermain di Stadium Etihad di Manchester, jaringan Man City diperolehi dari penyerang antarabangsa Bosnia, Edin Dzeko pada minit ke-64 dan ke-72.

Stevan Jovetic kemudian menambah jaringan pada minit ke-89. 

Menerusi masa tambahan, Yaya Toure terus mempamerkan kecemerlangan buat pasukan itu dengan menjadikan jaringan 4-0 sekali gus menewaskan Aston Villa.

Artikel Berikut

Keputusan Liga 1 Perancis

Artikel Lain