suria

Chelsea Mungkin Lepaskan Lukaku, Dapatkan Barkley Dari Everton

Ross Barkley. Foto EPA

CHELSEA dilaporkan sedang mempertimbangkan cadangan untuk melepaskan pemainnya, Romelu Lukaku ke Everton.

Tindakan itu dilakukan untuk mendapatkan pemain Everton, Ross Barkley buat pasukan itu.

Everton sememangnya tertarik untuk memberikan kontrak tetap kepada Romelu Lukaku. Chelsea pula bersedia untuk melepaskan penyerang kelahiran Belgium itu pada harga 20 juta pound (RM109.54 juta).

Bagaimanapun, Everton dengan gelarannya The Toffees itu nampaknya lebih bersetuju untuk melakukan pertukaran pemain. Kerana itu, pasukan Chelsea The Blues untuk menghantar Ross Barkley ke Stamford Bridge.

Cadangan pertukaran pemain itu disifatkan memberi keuntungan kepada kedua-dua pasukan. Selain Barkley, kubu kuat Barat London itu juga mengaku tertarik dengan seorang lagi pemain Everton, John Stones.

Maka secara idealnya, kelab di bawah pengurus Jose Mourinho itu akan membuat pertukaran dengan Lukaku bagi mendapatkan Barkley atau Stones.

Barkley yang baharu berusia 20 tahun tampil dalam 34 perlawanan dan akan menjadi pilihan pengurus pasukan, Roy Hodgson untuk membawanya ke Brazil dalam Piala Dunia 2014. 

Prestasi Stones juga tidak boleh dipertikaikan walaupun usianya baru mencecah 19 tahun, beliau sudah menjadi pemain pertahanan pilihan buat Everton.

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain