PELUMBA Mercedes Lewis Hamilton berjaya melakar kemenangan keempat selepas menjuarai GP Sepanyol di Litar Catalunya pada Ahad. Hamilton mengesahkan kejayaannya selepas meninggalkan rakan sepasukannya, Nico Rosberg dengan perbezaan enam saat. Lewis Hamilton di atas podium Pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo yang berjaya berada di kedudukan ketiga pula membuat kemunculan kedua di podium sepanjang musim ini selepas kemenanganya di GP Australia pada Mac lalu dinafikan kerana didakwa tidak mengikut peraturan bahan bakar. Jentera Hamilton melepasi garisan penamat. "Saya berterima kasih kepada pasukan kerana kemenangan di Sepanyol. Ia bermakna semuanya untuk saya. "Secara keseluruhan saya tidak pantas, Nico lebih pantas, oleh itu saya perlu bergantung kepada jurutera untuk membantu mencapai kemenangan. "Mujur jugalah saya dapat menahannya (Nico) di belakang saya ketika menghampiri garisan penamat," katanya.